RODAT adalah seni persembahan tarian dan nyanyian warisan Terengganu. Seni persembahan unik ini hanya ada di negeri itu yang sering dipersembahkan secara terbuka untuk majlis keraian atau pesta khususnya di luar bandar.
Persembahannya membabitkan penari lelaki atau dikenali sebagai pelenggok, pemukul gendang atau tar (pengadi) dan penari wanita (mak inang) yang menampilkan empat gabungan posisi gerakan badan iaitu berdiri-berlutut-duduk-berpusing, diiringi dengan rentak dan alunan muzik dihasilkan gendang tar atau kompang temborin.
Rodat dipercayai berasal daripada singkatan `Hadrat Baghdad’ yang menjadi sebahagian bentuk seni persembahan hadrah atau berzanji. Ia adalah tradisi dan budaya Islam yang berasal dari Timur Tengah.
Pengarah Akademi Seni Terengganu (Aseni), Mohd Noor Yusof, berkata rodat dibawa masuk ke Tanah Melayu pada 1900 melalui Pulau Sambas di Indonesia.
Buletin Warisan terbitan Mac 1979 mencatatkan pedagang dari Sambas dan Pontianak datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas tenunan dengan perahu besar pada awal abad ke-19.
Pertama kali aku kenal Pulau Duyung bila terlihat dokumentari mengenai pembuatan bot.Kagum terasa hingga meremang bulu roma.Apatah lagi bila Discovery Channel juga membuat dokumentari yang serupa.Hebat orang Melayu.Membuat bot menggunakan kelengkapan tradisi yang diwarisi turun temurun.Rasanya susah hendak mencari di seluruh penjuru dunia akan kehebatan tradisi pembuatan bot yang hebat ini.Hasil kerja yang sungguh teliti hingga menjadikan pepohon kayu dapat merentasi smaudera yang gah.
Pulau Duyong bukan sahaja terkenal dengan pembuatan bot malah ia juga dikenali sebagai tempat penghasilan ikan kering dan juga keropok.Terletak di muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong mudah untuk di cari.Melalui Jambatan Sultan Mahmud atau menggunakan bot penambang
Istana Maziah
Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri.
Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.
Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870.
Sumber:Tourism Malaysia
Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata.
Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.
Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu.
Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945- 1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998.
Pulau Redang
Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan.
Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan menarik.
Di waktu tengahari, apabila matahari bersinar terang menebusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis, anemone, dan ikan-ikan yang berwarna-warni
Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam : Kapal H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse yang karam di sini sewaktu Perang Dunia Kedua yang membolehkan tentera Jepun menakluki Malaya.
Pulau yang indah ini amat sesuai untuk aktiviti snokel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot dan menaiki kanu. Oleh kerana Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan sejauh 3.2km dari pulau.
Pelawat juga dilarang mengumpul batu karang atau sebarang hidupan laut yang lain. Berjaya Resort di sini menawarkan kemudahan padang golf dengan persekitaran yang mempesona. Pulau Redang adalah lebih besar dan mempunyai lebih banyak aktiviti berbanding dengan kedua-dua Pulau Perhentian yang berdekatan. Bot
Mulakan penerokaan pulau-pulau di sini dengan menaiki bot di salah satu jeti di Kuala Terengganu dan Merang. Perjalanan bot ke Pulau Redang memakan masa selama satu jam dari Kuala Terengganu dan 50 minit dari Merang.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893
Sumber:Tourism Malaysia(www.tourism.gov.my)
Kami sampai di Bandar Kuala Terengganu pada jam 3 pagi.Suasana masih lagi riuh.Kami berlegar legar mencari bilik penginapan namun hampa kerana semua hotel penuh.Hebat getus hatiku.Habis rumah tumpangan,chalet,homestay kami singgah namun tiada sebuah bilik pun yang kosong.Ramai benar yang datang ke Kuala Terengganu.Aku datang untuk menyaksikan Hari Konvokesyen adik bongsuku di Universiti Darul Iman.Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu, aku mengikuti laluan Penarik-Kuala Terengganu.Bukan sekadar dapat menghirup angin laut yang mendayu malah dapat juga singgah untuk merasa sotong goreng tepung yang terkenal itu.
Terengganu padaku amat unik.Bukan sahaja bentuk buminya yang indah malah masyarakat di sana cukup peramah.Aku pernah sebentar menjadi warga Terengganu.Menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Batu Rakit selama setahun
Pertama Kali saya ke Terengganu ialah semasa saya masih menuntut di IPTA.Kami menganjurkan rombongan bersama rakan kelab untuk menghabiskan masa cuti semester.Keterujaan jelas terasa sepanjang perjalanan dari Utara menuju ke Pantai Timur.Memang perjalanan jauh amat meletihkan namun mujurlah teman teman sentiasa ceria di dalam bas yang disewa khas.Kami Tiba di Kuala Besut kira-kira jam 10.00 pagi.Setelah berhenti seketika untuk bersarapan,kami dapat melihat panorama indah jeti Kuala Besut yang cukup menarik.Seelpas itu kami terus bergerak menuju ke Kuala Terengganu.Sekali lagi perjalanan amat meletihkan.Melalui jalan Penarik-Merang,keletihan terasa hilang apabila dapat menyedut angin laut yang amat menyegarkan