Rodat:Tarian Tradisi Terengganu
Persembahannya membabitkan penari lelaki atau dikenali sebagai pelenggok, pemukul gendang atau tar (pengadi) dan penari wanita (mak inang) yang menampilkan empat gabungan posisi gerakan badan iaitu berdiri-berlutut-duduk-berpusing, diiringi dengan rentak dan alunan muzik dihasilkan gendang tar atau kompang temborin.
Rodat dipercayai berasal daripada singkatan `Hadrat Baghdad’ yang menjadi sebahagian bentuk seni persembahan hadrah atau berzanji. Ia adalah tradisi dan budaya Islam yang berasal dari Timur Tengah.
Pengarah Akademi Seni Terengganu (Aseni), Mohd Noor Yusof, berkata rodat dibawa masuk ke Tanah Melayu pada 1900 melalui Pulau Sambas di Indonesia.
Buletin Warisan terbitan Mac 1979 mencatatkan pedagang dari Sambas dan Pontianak datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas tenunan dengan perahu besar pada awal abad ke-19.
