Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2. Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai, Kuala Besut, Rantau Abang dan Kuala Dungun.

Kenyir Lake International Triathlon 2010 Date : 27 & 28 March 2010 Venue: Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir Organiser: State Government of Terengganu / KETENGAH Telephone No: 609 623 1553 Fax No: 609 622 1957 Pekan Budaya Daerah Marang Tarikh : 21 - 17 April 2010 Tempat : Pantai Peranginan Kelulut,Marang Pekan Budaya Daerah Hulu Terengganu Tarikh : 8 - 14 Mei 2010 Tempat : (tempat akan dimaklumkan) AKTIVITI AKAN DATANG Sirkit TM Cabaran Candat Sotong Sirkit Pertama: Daerah Marang, 27 Mac 2010 Sirkit Kedua: Daerah Besut, 24 April 2010 Sirkit Ketiga: Daerah K. Terengganu, 29 Mei 2010 Sirkit Keempat: Daerah Dungun, 26 Jun 2010 Kapas-Marang International Swimathon 2010 Date : 17-18 April 2010 Venue: Pulau Kapas & Pantai Kelulut, Marang Organiser: State Government of Terengganu

Pertama kali aku kenal Pulau Duyung bila terlihat dokumentari mengenai pembuatan bot.Kagum terasa hingga meremang bulu roma.Apatah lagi bila Discovery Channel juga membuat dokumentari yang serupa.Hebat orang Melayu.Membuat bot menggunakan kelengkapan tradisi yang diwarisi turun temurun.Rasanya susah hendak mencari di seluruh penjuru dunia akan kehebatan tradisi pembuatan bot yang hebat ini.Hasil kerja yang sungguh teliti hingga menjadikan pepohon kayu dapat merentasi smaudera yang gah.
Pulau Duyong bukan sahaja terkenal dengan pembuatan bot malah ia juga dikenali sebagai tempat penghasilan ikan kering dan juga keropok.Terletak di muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong mudah untuk di cari.Melalui Jambatan Sultan Mahmud atau menggunakan bot penambang

0 comments

Post a Comment

Kuala Terengganu Marang Pulu Redang Pulau Perhentian Tasik Kenyir Pulau Duyung Setiu